Google dan Epic Games Setuju Selesaikan Kes Saman Dengan Mengurangkan Bayaran Play Store

TechnologyGaming
6 Nov 2025 • 8:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google dan Epic Games menyaman satu sama lain lima tahun lalu selepas Fortnite ditendang keluar daripada Play Store kerana memperkenalkan sistem bayar alternatif yang memintas sistem pembayaran Google. Mahkamah berpihak dengan Epic Games dengan Google dituduh melakukan perniagaan secara monopoli dan mengarahkan mereka membuka Play Store kepada aplikasi stor aplikasi pihak ketiga.

image is not available

Semalam, Google dan Epic Games akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah. Google akan mengurangkan potongan bayaran yang diambil daripada setiap pembayaran kepada pembangun aplikasi. Ia kini ialah 9% atau 20% bergantung kepada usia aplikasi. Mereka juga akan membenarkan pembangun memaparkan sistem pembayaran di luar ekosistem Play Store di dalam aplikasi.

Pemilik stor aplikasi pihak ketiga juga akan dibenarkan mendaftar di bawah program Registered App Store. Pengguna tidak akan lagi ditakutkan dengan skrin amaran apabila cuba memasang stor aplikasi pihak ketiga seperti Epic Games Store.