Google dan Samsung Membangunkan Tap to Share Seakan NameDrop Pada iPhone

TechnologyDigital
31 Mar 2026 • 9:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sejak iOS 17, pengguna iPhone boleh berkongsi fail dan maklumat peribadi menggunakan ciri NameDrop. Dua iPhone hanya perlu disentuh dan fail akan dihantar tanpa perlu membuka terlebih dahulu skrin AirDrop. Android Authority melaporkan ciri yang sama akan hadir ke Android dengan ia sedang dibangunkan Samsung dan Google.

image is not available

Ciri ini telah dikesan sejak November tahun lalu menggunakan nama Gesture Exchange. Kini ciri baharu Tap to Share dijumpai pada One UI 9 dan binaan Android Canary terbaru. Ia mengesakan pemindahan fail boleh dilakukan dengan menyentuh dua peranti Android yang berdekatan. Besar kemungkinan ciri Tap to Share akan diperkenalkan menerusi Android 17 kelak dengan ia menggunakan protokol penghantaran Quick Share.

Ini membuka peluang suatu hari nanti Tap to Share dan NameDrop boleh berfungsi antara satu sama lain sama seperti Quick Share dan AirDrop kini boleh melakukannya pada iPhone, Pixel dan Galaxy S26.