
Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini sedia mendapatkan pegangan pada Intel. Selain daripadanya, kini ia dilaporkan yang mana Amerika sedang berbincang bersama OpenAI untuk mendapatkan pegangan pada syarikat kecerdasan buatan tersebut.

Ia dikatakan perbincangan ini telah berlaku sejak setahun yang lepas. Selain OpenAI, kerajaan Amerika dibawah Trump turut dikatakan sedang berbincang dengan syarikat kecerdasan buatan yang lain.
Buat masa ini, kedua-dua pihak masih tidak bmengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini. Namun, sekiranya Kerajaan Amerika mengambil pegangan pada OpenAI, tidak mustahil berlaku perubahan berkenaan penggunaan produk OpenAI oleh negara-negara lain, terutamanya agensi kerajaan di negara lain.






