Alphabet, Apple, Amazon, Microsoft dan NVIDIA adalah diantara syarikat-syarikat yang bernilai lebih dari $1 trillion secara global, dan teknologi-teknologi mereka dilihat menguasakan segenap lapisan kehidupan kita di bumi ini.
Angka trilion mungkin dilihat sebagai sangat tinggi, tetapi terkini, ia telah dilaporkan bahawa kerajaan Rusia telah menyaman Google sebanyak 2 undecilion Rubles kerana menyekat 17 rangkaian televisyen rasmi negara tersebut di YouTube.
Jika anda mahu tahu berapa banyak angka sifar di sebalik 1 undecillion, ia adalah sebanyak 10³⁶, ataupun 1 dengan 36 angka sifar di belakangnya. 2 undecillion Rubles, apabila ditukar adalah brsamaan dengan RM 90.1 decillion, dimana decillion ialah 1 dengan 33 sifar di belakangnya.

Perkara ini tidak berlaku secara tiba-tiba kerana rangkaian-rangkaian tersebut memang telah dihalang daripada disiarkan di platform YouTube sekitar tahun 2020, dengan Google memberi sebab pelanggaran undang-undang sekatan dan juga peraturan perdagangan antarabangsa.
Rangkaian-rangkaian Rusia seperti Sputnik, NTV, Rossiya 24, RT, Aurora, Duma TV dan sejumlah rangkaian televisyen kebangsaan Rusia semuanya telah disekat aksesnya di YouTube. Perkara ini, yang berlaku sejak 2020, berterusan dan nampaknya dipertingkatkan selepas Rusia memulakan peperangan dengan Ukraine.
Ia juga dilaporkan bahawa ia benar bahawa Google sedang menghadapi isu perundangan di negara Rusia, tetapi berkata bahaw perkara tersebut tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada perniagaan tersebut. Walaupun begitu, kerajaan Rusia nampaknya telah mula memperlihatkan tekanan kepada mahkamah di negara-negara seperti Turkiye, Hungary, Sepanyol, Afrika Selatan dan sebagainya.
Dengan kenyataan tersebut, Google juga nampaknya tidak akan mengendahkan saman daripada kerajaan tersebut buat masa ini, khususnya kerana Google tidak lagi beroperasi di negara tersebut, dan dengan pelbagai sekatan politik dan ekonomi yang dikenakan kerajaan Amerika Syarikat ke atas negara tersebut.
