Biro Persaingan Kanada menyaman Google kerana perniagaan pengiklanan mereka didakwa anti persaingan Permohonan sama difailkan kepada Tribunal Persaingan Kanada untuk mendapatkan perintah yang antara lain memerlukan Google menjual dua alat teknologi iklan disamping memohon penalti daripada Google untuk menggalakkan pematuhan undang-undang persaingan Kanada.

Kanda mengambil langkah ini selepas Google baru sahaja didapati mengamalkan perniagaan pengiklanan yang anti persaingan di Amerika Syarikat. Ini menyebabkan Google akan dipaksa menjual Chrome dan tidak lagi memaksa pengeluar peranti Android memasang aplikasi Google secara lalai pada peranti. Amalan membayar syarikat supaya menggunakan Search sebagai enjin carian lalai juga telah diharamkan.
Google mendominasi pasaran pengiklanan atas talian di Kanada. Dengan kedudukan dominan ini mereka didakwa menyukarkan syarikat lain untuk bersaing dengan mereka dalam arena yang sama. Wakil Google telahpun mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Biro Persaingan Kanada. Menurut Google tuduhan yang dilakukan tidak mengambil kira persaingan sengit di mana pembeli dan penjual iklan mempunyai banyak pilihan dan mereka menanti untuk membuktikannya di mahkamah kelak.

