Google Gemini Dan Imagen 2 Kini Diintegrasikan Pada Pelayar Web Opera

TechnologyDigital
29 May 2024 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aria adalah chatbot pelayar web Opera yang dikuasakan dengan teknologi kecerdasan buatan generatif. Opera tiada model AI tersendiri tetapi menggunakan pelbagai model seperti Llama, Vicuna, Mixtral dan banyak lagi yang kemudiannya diproses oleh enjin Opera LLM Composer AI. Terbaru, Opera telah bekerjasama dengan Google untuk mengintegrasikan Gemini dan Imagen 2 terus ke dalam Aria.

image is not available

Semua pelayar web utama Opera dan juga Operas GX turut akan mempunyai Aria dengan Gemini. Pengguna kini boleh bersembang dengan Aria dan mengikut prom pengguna, Opera LLM Compose AI akan menentukan sama ada maklum balas akan dijana dengan Gemini atau model lain. Opera turut yakin yang prestasi Aria adalah berganda lebih pantas kerana sudah membuku pusat data AI dengan superkomputer NVIDIA DGX.

image is not available

Pada masa yang sama, Opera turut bekerjasama dengan Google Cloud untuk mengintegrasikan Imagen 2 pada Vertex AI. Ia adalah ciri kecerdasan buatan generatif menjana gambar. Seperti Gemini, Imagen 2 juga boleh diakses melalui Aria. Dengan model AI teks-ke-audio Google, Aria turut boleh membaca maklum balas seakan pengguna bersembang dengan manusia.

image is not available

Buat masa ini, Gemini dan Imagen 2 pada pelayar web Opera hanya boleh diakses oleh pengguna Opera One Developer. Mereka yang menggunakan pelayar web versi pembangunan ini turut boleh menyertai program AI Feature Drop untuk menguji ciri AI baharu terbina pada Opera.