Google Gemini merupakan alternatif dan juga pesaing untuk penawaran ChatGPT serta beberapa perkhidmatan chatbot dikuasakan kecerdasan buatan lain. Pada acara Google I/O hari ini, Google berkongsi mengatakan Gemini kini mempunyai 400 juta pengguna aktif setiap bulan.

Angka ini boleh dikatakan masih jauh jikalau dibandingkan dengan ChatGPT. Sebelum ini ia dianggarkan ChatGPT mempunyai sekitar 600 juta pengguna aktif bulanan.
Bergerak kehadapan, Google akan turut mengintegrasikan Gemini pada Chrome, dan ini dijangka akan terus meningkatkan angka pengguna perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan berkenaan dengan lebih mendadak berbanding sekarang. Google menawarkan akses kepada Gemini secara percuma, selain turut menyediakan pelan langganan berbayar bermula sekitar RM100 sebulan, yang turut hadir bersama storan 2TB.
