Jikalau Meta sedia bekerjasama dengan pihak Ray-Ban untuk pembangunan kaca mata pintar mereka, kini Google pula mengumumkan kerjasama dengan Warby Parker, iaitu salah satu jenama kaca mata berpusat di Amerika Syarikat untuk projek kaca mata mereka tersendiri dikuasakan Android XR.

Melalui kerjasama ini, Google akan memperuntukkan sekitar $75 juta sebagai kos pembangunan dan pengkomersilan bagi Warby Parker, dan komited untuk melabur sehingga $75 juta lagi sekiranya Warby Parker berjaya mencapai beberapa fasa pembangunan kerjasama ini.
Dengan langkah kerjasama ini, ia dijangka akan memudahkan lagi proses pembangunan kaca mata pintar dikuasakan Android XR oleh Google, selain bergerak lebih pantas menggunakan kepakaran kedua-dua pihak.
