Google Gemini Perlu Bergantung Kepada Pemalam Untuk Berfungsi Seakan Google Assistant

TechnologyDigital
29 Jul 2024 • 6:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Gemini nampaknya perlu bergantung kepada pelbagai pemalam untuk ia berfungsi lebih seakan Google Assistant. Misalnya pemalam seperti YouTube Music, Google Maps atau Google Workspace. Baru-baru ini Android Authority melaporkan yang Gemini akan menambah lebih banyak lagi pemalam.

image is not available
Pemalam Gemini yang bakal tiba.

Pemalam ini adalah Phone, Google Home dan Ultilities. Phone membolehkan pengguna menggunakan arahan suara untuk melakukan panggilan telefon seperti Google Assistant sebelum ini. Kemudian Google Home akan membenarkan pengguna menggunakan arahan suara dengan lebih pantas agar Gemini yang melakukan arahan tadi bukan seru Gemini untuk seru Google Assistant. Akhir sekali adalah Ultilities yang membenarkan pengguna mengawal sebarang tetapan peranti atau membuka apa-apa aplikasi lain.

image is not available
Pemalam Gemini sedia ada.

Buat masa ini masih dalam ujian dan belum diedarkan kepada semua. Dengan pemalam ini, Gemini yang telah menggantikan Google Assistant selepas ini akan lebih lancar agar anda tidak perlu bertukar-tukar pembantu maya.