Google Ingin Membina Pusat Data AI Angkasa Lepas Dengan Project Suncatcher

WorldTechnology
5 Nov 2025 • 9:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Mark Zuckerberg pula menyatakan akan membina pusat data kecerdasan buatan (AI) Hyperion sebesar Manhattan dalam masa terdekat dengan ia memerlukan penggunaan tanah, air dan tenaga yang tinggi. Ramai mungkin tidak menyedari, selain isu tanah, air dan kuasa pusat-pusat data ini menghasilkan pencemaran bunyi. Penyelesaian jangka panjang yang sedang dikaji ialah membina pusat data di angkasa lepas. Idea seakan sains fiksyen ini juga diterokai oleh Google menerusi Project Suncatcher.

image is not available

Dua satelit yang masing-masing dilengkapi empat cip Google TPU akan dilancarkan ke angkasa lepas pada tahun 2027. Ia akan menguji sama ada pusat data AI angkasa lepas boleh dibina. Pada ketinggian sekitar 650 km daripada permukaan bumi, pusat data AI angkasa lepas boleh mendapatkan bekalan elektrik terus daripada matahari. Kecekapan panel solar menghasilkan tenaga elektrik adalah 8 kali ganda lebih tinggi di angkasa lepas. Secara teorinya bekalan kuasa tanpa boleh dijana tanpa had.

Google juga meramalkan, projek ini mungkin boleh dibina menjelang pertengahan 2030 apabila kos melancarkan satelit ke orbit turun serendah $200/kg. Sekiranya Project Suncatcher diteruskan, Google mengikuti jejak langkah Starcloud sebuah syarikat rintis program NVIDIA Inception dan China yang turut ingin melakukan perkara yang serupa.