Google Keep sebarluaskan fungsi format nota ke semua entri sedia ada

Digital
23 Oct 2023 • 11:09 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google Keep adalan aplikasi nota digital yang boleh anda gunakan untuk mencatatkan idea-idea dalam bentuk yang ringkas dan minimalis. Terdapat satu fungsi baharu yang diumumkan pembangunkan dalam bulan Ogos 2023 yang lalu iaitu ciri mencatat nota dengan format yang lebih kaya.

image is not available

Dengan ciri tersebut, nota boleh ditulis secara berformat seperti tebal, condong, dan bersaiz. Sewaktu diumumkan dulu, ia cuma diadakan untuk nota baharu. Namun, untuk Oktober 2023, ciri tersebut disebarluaskan kepada nota sedia ada, berdasarkan utusan blog yang diutuskan pembangunnya.

Walau bagaimanapun, pada peranti Android saya sendiri pun masih belum menerima fungis baharu ini walaupun saya seorang pengguna Google Keep yang tegar dan kini berada di versi yang paling baharu.

Pengguna yang sudahpun menerima ciri baharu ini melaporkan mereka sudah boleh mula mmemasukkan format kepada catatan nota mereka.

image is not available

Google Keep adalah satu aplikasi yang memudahkan. Namun, disebabkan aplikasi memungut nota ini ada ciri yang terhad, potentsi kegunaannya agak rendah.