Google Kini Membuka Pendaftaran Untuk Startup Malaysia Menyertai Akademi AI

TechnologyDigital
5 Aug 2024 • 10:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google melalui program Google For Startups, kini telah membuka pendaftaran untuk program Akademi AI. Melaluinya, Google menawarkan program selama tiga bulan yang akan membantu syarikat pemula atau startup dalam menggunakan teknologi kecerdasan buatan Google terkini dalam membantu mempercepatkan pertumbuhan syarikat, dan memudahkan pemahaman lebih menyeluruh dan mendalam berkenaan kecerdasan buatan.

Pendaftaran untuk menyertai Akademi AI ini dibuka sehingga 16 Ogos 2024 kelak, dan program akan bermula sepenuhnya pada bulan Oktober 2024. Google akan menawarkan sejumlah akses kepada mentor melalui program Akademi AI ini, selain akses kredit Google Cloud sehingga $35,000, selain turut boleh membangunkan rangkaian kenalan syarikat kecerdasan buatan lain di rantau Asia Tenggara.

Bagi anda yang sedang membangunkan syarikat pemula atau startup memfokuskan kecerdasan buatan di Malaysia, anda boleh melakukan permohonan menyertai Akademi AI ini hari ini melalui halaman Google for Startups. Untuk makluman, program akan dijalankan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved