Google Maklum Akan Berkenaan Risiko AI Terhadap Perniagaan Enjin Carian

TechnologyBusiness & Finance
10 Feb 2026 • 9:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini memaklumkan para pelabur mereka berkenaan perubahan persekitaran dan gaya penggunaan di internet disebabkan kecerdasan buatan janaan. Selari dengan pelaburan dan fokus terhadap Gemini, Google kini turut mengatakan yang mana ia mungkin memberikan impak kepada enjin carian serta pendapatan pengiklanan.

image is not available

Pada hari ini, sekitar 750 juta pengguna menggunakan Gemini setiap bulan secara aktif. Gemini turut digunakan dalam mendapatkan jawapan – sekaligus memperlihatkan perubahan berbanding sebelum ini dimana pengguna menggunakan enjin carian untuk tujuan berkenaan. Ini secara tidak langsung turut memberikan kesan pada pengiklanan – memandangkan Gemini tiada iklan buat masa ini.

Google dijangka akan terus hadir dengan format pengiklanan baharu, dan menyatakan akan bergerak selari dengan peredaran internet dan menyesuaikan penawaran mereka. Buat masa ini, Google sedia menjana pendapatan tinggi melalui pengiklanan – bukan sahaja melalui enjin carian, tetapi kebelakangan ini turut melalui platform video mereka, YouTube.