Google Meet Kini Boleh Mengesan Pengguna Angkat Tangan Untuk Ciri “Raise Hand”

TechnologyDigital
22 Nov 2023 • 1:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Meet sehingga hari ini adalah platform telesidang yang kerap saya gunakan. Sama ada menemuramah pelakon dan pengarah atau untuk mesyuarat bulanan Amanz. Platform ini menawarkan banyak ciri yang menarik dan fungsi yang memudahkan pengguna.

Terbaru, Google Meet telah dikemaskini dengan ciri mengesan pengguna yang mengangkat tangan untuk Raise hand. Ciri ini adalah untuk menarik perhatian peserta lain jika ada soalan yang ingin ditanya. Sebelum ini Raise hand hanya boleh digunakan dengan pengguna menekan ikon khas.

image is not available

Ciri ini dimatikan secara lalai kerana ingin mengelak ia diaktifkan apabila tangan pengguna berada di hadapan kamera. Mereka yang ingin mencuba ciri ini boleh pergi ke tetapan Google Meet, cari Reactions dan pilih Hand Raise Gesture.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved