Status WhatsApp Kelak Boleh Ditapis Mengikut 4 Kategori

TechnologyDigital
20 Nov 2023 • 1:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas Snapchat memperkenalkan ciri Stories mereka, semua platform media sosial cuba memperkenalkan ciri yang lebuh kurang sama. Menariknya, platform lain yang menjadi popular dan Snapchat dilupakan. Instagram, Facebook, WhatsApp dan Telegram mempunyai ciri lebih kurang sama.

Terbaru, ciri stories pada WhatsApp iaitu Status akan menerima kemas kini di mana pengguna boleh menapis mengikut empat kategori. Pertama adalah All, kemudian Recent, Viewed dan Muted. Ini memudahkan pengguna untuk melihat Status yang diingini atau melihat kembali yang telah terlepas.

image is not available

Buat masa ini, ia terhad kepada pengguna beta terpilih yang menguji WhatsApp versi 2.23.25.3 pada Android. Versi stabil buat masa ini masih tidak pasti bila akan ditawarkan kepada semua orang kerana ini adalah satu ciri yang menarik untuk pengguna yang sentiasa berkongsi Status mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved