Google Meet Kini Hadir Dengan Sokongan Terjemahan Dan Alih-Suara Untuk Panggilan Video

TechnologyDigital
21 May 2025 • 7:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada acara Google I/O hari ini, Google memperlihatkan sejumlah ciri baharu yang akan hadir, termasuk sokongan integrasi Google Gemini pada perkhidmatan panggilan video mereka, Google Meet. Dengan integrasi ini, ia membolehkan sesuatu panggilan video diterjemahkan kepada bahasa pilihan seseorang dalam bentuk hampir masa-nyata.

image is not available

Buat masa ini, Google hanya menyokong terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Sepanyol dan sebaliknya sahaja ketika panggilan video. Suara diterjemahkan secara automatik, dan video dipaparkan bersama alih-suara kepada pemanggil lagi seorang.

Ciri ini ditawarkan kepada pengguna dengan langganan Google AI Pro sahaja buat masa ini. Lebih banyak bahasa dijangka ditambah oleh Google untuk sokongan terjemahan panggilan video ini dari masa ke semasa.