Google Membuang Sebahagian Pekerja Waze – Selari Usaha Pengintegrasian Pasukan

TechnologyDigital
28 Jun 2023 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelbagai syarikat sedang mengoptimasikan operasi supaya lebih efisien. Disebabkan oleh itu, pelbagai syarikat mula mengurangkan pekerja pada syarikat masing-masing, dan mengintegrasikan operasi antara bahagian perniagaan.

image is not available

Terbaru, Google dilaporkan mengurangkan tenaga kerja pada perkhidmatan pemetaan Waze. Buat masa ini, Google mengurangkan pekerja bahagian pengiklanan di Waze – dan akan mengalihkan sistem pengiklanan Waze untuk menggunakan sistem pengiklanan Google Ads sedia ada.

Dengan langkah ini, Google dijangka mengintegrasikan sebahagian operasi Waze bersama pasukan Google Maps sedia ada. Buat masa ini, ia tidak dikongsikan berapakah pekerjaan yang akan ditamatkan selari integrasi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved