Penganggur Tunjuk Belang ‘Flying Kick’ Warga Emas Dipenjara 6 Bulan

7 Sep 2023 • 11:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pelanggaran kecil antara dua buah motosikal namun apa yang membuatkan ramai netizen marah ialah seorang lelaki bertindak agresif dan memukul seorang lagi penunggang.

Dalam video berkenaan kelihatan lelaki yang memukul itu menunggang secara gopoh dan berlanggar dengan penunggang lain, difahamkan lelaki yang dipukul itu merupakan warga emas.

Menurut laporan Buletin TV3, insiden itu berlaku di Jalan Cheras Perdana, Hulu Langat pada 1 September lalu.

Terbaru, lelaki itu telah pun ditahan dan dijatuhkan hukuman di atas pertuduhan menunggang motosikal dengan gopoh dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang warga emas.

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman itu terhadap Irwan Syah Rizal selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut dan memerintahkan hukuman bagi dua kesalahan itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 3 Sept lalu.

Bagi kesalahan menunggang motosikal dengan gopoh pula, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan manakala bagi kesalahan mencederakan, dia dijatuhi hukuman empat bulan.

Sebelum ini, video rakaman dash cam insiden itu tular dan menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.