Google Menamatkan Sokongan Chrome Untuk MacOS 10.15

TechnologyDigital
12 Aug 2024 • 6:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini memaklumkan akan menamatkan sokongan untuk pelayar web Chrome untuk pengguna sistem operasi macOS 10.15. Versi Chrome 128 akan menjadi versi terakhir yang disokong untuk sistem operasi berkenaan, dan versi selepas ini tidak lagi akan menyokongnya.

Bermula Chrome 129, ia akan memerlukan pengguna menjalankan sistem operasi macOS 11 dan terkini untuk menggunakannya.

Pihak Google menyatakan pelayar web Chrome boleh terus digunakan, tetapi pengguna digalakkan untuk menggunakan versi terkini untuk menikmati akses kepada ciri-ciri baharu, selain memastikan keselamatan dan privasi terjaga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved