Rekaan Google Pixel 9 Fold Tertiris Sepenuhnya

TechnologyDigital
8 Aug 2024 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel 9 Fold akan dilancarkan bersama Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro pada awal pagi 14 Ogos depan. Setakat ini Pixel 9 biasa telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dengan Pixel 9 Fold masih kekal misteri. Walaupun Google telah berkongsi satu imej untuk telefon lipat ini, rekaan keseluruhannya dirahsiakan sehinggalah pagi ini.

image is not available

Rekaannya telah ditiriskan pagi ini oleh @evleaks menunjukkan perbezaan dengan Pixel Fold terdahulu hanyalah pada bonggol kamera. Kamera bonggol sebaris kini digantikan dengan dua pulau kamera baharu. Rekaan skrin luar, engsel dan bentuk tubuh masih lagi sama. Pada bahagian dalam skrin berbentuk segi empat sama dan mempunyai satu lubang kamera di bahagian bucu atas kanan.

image is not available

Spesifikasi yang diketahui setakat ini ialah ia dilengkapi skrin 6.3″ di bahagian luar dan 8.0″ di bahagian dalam dengan teknologi Actua Display, dijana cip Tensor G4, memori sebesar 16GB, kamera utama 48+10.5+10.8MP dan kamera hadapan serta swafoto dalaman pula sebesar 10MP. Maklumat mengenai bateri serta pilihan storan tidak pula didedahkan.

image is not available

image is not available