Untuk setiap upacara yang khas, pihak Google akan hadir dengan rekaan logo atau doodle yang khas, dan dipaparkan pada halaman utama mereka. Tidak ketinggalan juga untuk Hari Merdeka 2024, dimana Google menghiaskan laman utama mereka dengan doodle bersempena Hari Merdeka.

Namun, sejak tahun 2021, rekaan doodle pada Google Malaysia tidak begitu berbeza, dan hanya bermain dengan rekaan kotak yang meliputi jalur gemilang sahaja – dan tidak seperti pada awalnya yang menerapkan pelbagai elemen pada rekaan logo Google.

Tetapi, pada tahun 2024 ini, apabila anda klik pada logo Google Malaysia, ia akan turut membawa kepada halaman carian yang dilengkapi dengan animasi letusan mercun.
Bagi anda yang ingin melihatnya sendiri, boleh menyemak doodle Google hari ini bersempena Hari Merdeka 2024.

