Google Pixel 9 Pro Fold Membawakan Sokongan “Pixel” Pada Telefon Boleh-Lipat, Dijana Tensor G4

TechnologyDigital
14 Aug 2024 • 2:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan telefon pintar Pixel 9, pihak Google turut memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka yang dikemaskini, dinamakan Pixel 9 Pro Fold. Telefon ini hadir dengan rekaan yang lebih nipis berbanding generasi sebelumnya, serta sejumlah pembaharuan. Namun, agak mendukacitakan kerana telefon boleh-lipat ini tidak akan ditawarkan di Malaysia.

image is not available

Google Pixel 9 Pro Fold hadir dengan skrin 6.3-inci pada nisbah skrin 20:9 seperti model Pixel 9 yang lain, tetapi ia turut boleh dibuka dan menjadi peranti bersaiz 8-inci. Google mengatakan telefon boleh-lipat baharu ini lebih ringan, dan pada masa yang sama sedikit tinggi dari segi saiz skrin.

image is not available

Menguasakan telefon pintar ini adalah cip pemprosesan Google sendiri, Google Tensor G4. Ia hadir dengan memori 16GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Melengkapnnya juga adalah bateri 4650mAh yang menyokong pengecasan 21W.

Pada bahagian kamera, ia menyertakan tri-kamera, iaitu gabungan sensor utama 48MP bersama sensor telefoto 10.5MP dan juga sensor rakaman ultra-lebar 12MP. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 10MP di kedua-dua panel.

image is not available

Google Pixel 9 Pro Fold turut hadir bersama sejumlah ciri-ciri pintar berasaskan Google Gemini, dan turut menjanjikan kemaskini perisian selama 7 tahun lamanya. Seperti dinyatakan pada awalnya, peranti ini tidak akan ditawarkan di Malaysia buat masa ini.