Google Tidak Lagi Akan Mengeluarkan Jam Tangan Pintar Fitbit

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 2:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fitbit adalah jenama penjejak kesihatan premium yang dikenali ramai. Mereka turut menawarkan pelbagai pilihan jam tangan pintar. Sejak diambil-alih oleh Google pada tahun 2021, pelbagai perubahan telah berlaku seperti tiada lagi jam tangan pintar dan hanya penjejak kesihatan Charge 6 dan jam kanak-kanak Ace LTE. Kemudian 1000 pekerja dibuang dan menarik diri dari pasaran Malaysia. Semasa Pixel 9 dilancarkan di Malaysia, pasti ramai tertanya kenapa masih menerima langganan Fitbit Premium jika Fitbit tiada lagi di Malaysia.

image is not available

Ini kerana, sejak Pixel Watch dilancarkan – Fitbit telah diintegrasikan terus. Ciri teras Fitbit kini lahir di dalam Pixel Watch dan disebabkan itu jam ini memerlukan dua aplikasi iaitu Fitbit dan Pixel Watch. Bukan itu sahaja, dengan Pixel Watch menjadi produk jam utama Google – Engadget melaporkan yang Google tidak lagi akan mengeluarkan jam untuk Fitbit. Ini bermakna tiada lagi Fitbit Verse dan Sense, sebaliknya Pixel Watch adalah pengganti. Kemudian di bawah Fitbit akan hanya ada penjejak kesihatan yang memfokuskan kepada ketahanan bateri. Pixel Watch adalah jam Fitbit generasi baharu.

image is not available
Pixel Watch (2022) – Pertama Dengan Integrasi Fitbit

Pixel Watch 3 dijual di Malaysia pada harga bermula RM1849 dan hanya boleh dibeli pada 10 September akan datang. Jam ini walaupun dijual secara rasmi, jaminan satu tahun diberikan tidak melayakkan jam untuk dibaiki jika rosak kerana Google hanya akan menggantikannya dengan unit gantian atau menjual unit gantian pada harga diskaun.