Google Menguji Antaramuka Baharu Gemini Yang Memfokuskan Penggunaan Visual

TechnologyDigital
4 Oct 2025 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini nampaknya dalam persiapan untuk memperkenalkan kemaskini antaramuka baharu untuk aplikasi kecerdasan buatan mereka, Google Gemini. Melalui Android Authority, ia dilihat Gemini baharu kelak akan lebih menekankan penggunaan berasaskan visual berbanding pada hari ini.

Antaramuka baharu turut membawa kepada penggunaan sejumlah ciri-ciri melaluinya, sekaligus memberikan idea penggunaan kepada pengguna baharu Gemini, atau mereka yang tidak aktif menggunakannya. Ini termasuk dalam penjanaan teks, selain turut memberikan idea berkenaan bagaimana penggunaan visual akan kelihatan.

image is not available
Antaramuka Gemini Baharu (gambar Android Authority)

Langkah ini dijangka akan meningkatkan lagi kadar penggunaan Gemini berbanding pesaing lain. Untuk makluman, sebelum ini Meta telah memperkenalkan latar masa khusus memfokuskan video, dan sama juga OpenAI dengan aplikasi Sora yang memfokuskan perkongsian video. Google dilihat turut tidak ingin ketinggalan dan kemaskini ini dijangka memperlihatkan keupayaan Gemini kepada semua, dan apakah yang ia kian popular digunakan pada sesuatu masa.