OpenAI Perkenal ChatGPT Agent – Membolehkan AI Melaksanakan Sejumlah Tugasan, Termasuk Melayari Web Dan Jana Dokumen

TechnologyDigital
18 Jul 2025 • 11:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI hari ini telah memperkenalkan secara rasminya penawaran terbaru mereka, dinamakan ChatGPT Agent. Melaluinya, ia membolehkan kecerdasan buatan melakukan sejumlah tugasan berasaskan kepada permintaan pengguna, sekaligus memudahkan lagi tugasan pengguna.

image is not available

Antara perkara yang boleh dilakukan oleh ChatGPT Agent adalah termasuk melayari web, menganalisa data, menjana dokumen pembentangan, menjalankan kod, dan sebagainya. Dengan langkah ini, ia berfungsi sebagai pembantu maya anda yang boleh melakukan sejumlah tugasan, semuanya melalui satu tetingkap yang sama. 

image is not available

Sebagai contoh, anda boleh meminta ia memuat-turun suatu dokumen di web dan seterusnya menganalisa dan melakukan pengubahsuaian, sebelum mempersembahkan data yang diperlukan sahaja kepada anda. Melalui contoh yang diberikan OpenAI juga, ia memperlihatkan ChatGPT Agent boleh melayari web jemputan perkahwinan, menganalisanya dan mencadangkan baju yang diperlukan.

ChatGPT Agent disasarkan untuk multi-tugasan dalam melaksanakan sesuatu perkara, dan biasanya mengambil masa sekitar 15 minit ke 30 minit. Kadang-kala ia turut akan meminta pertanyaan tambahan kepada pengguna sebelum meneruskannya.

ChatGPT Agent ini ditawarkan untuk pengguna ChatGPT Pro terlebih dahulu, dan dijangka diperkenalkan kepada ChatGPT Plus tidak lama lagi.