Lovable Kini Dinilaikan $1.8 Bilion – Syarikat Memfokuskan Janaan Pengaturcaraan Dikuasakan AI

TechnologyDigital
17 Jul 2025 • 8:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan janaan pengaturcaraan dikuasakan kecerdasan buatan. Ini membolehkan pengguna memasukkan promp atau arahan, dan seterusnya perisian berkenaan akan menjana kod dan produk akhir untuknya – sekaligus memudahkan lagi pembangunan produk.

image is not available

Salah satu syarikat berkenaan adalah Lovable. Hari ini, Lovable mengumumkan mereka telah meraih dana yang menilaikan syarikat berkenaan pada nilai $1.8 bilion.

Ini boleh dikatakan antara syarikat yang bernilai tinggi dalam arena berkenaan, hanya 8 bulan selepas dilancarkan.

Lovable dikatakan mempunyai 2.3 juta pengguna aktif, dan 180,000 pengguna berbayar. Setakat hari ini, lebih 10 juta projek telah dijana menggunakan Lovable.