Ciri Eksklusif Google Photos Kini Tidak Lagi Memerlukan Langganan Google One

TechnologyDigital
11 Apr 2024 • 9:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri Magic Editor, Photo Unblur dan Magic Eraser adalah tiga yang hanya boleh diakses pelanggan Google One menerusi aplikasi Google Photos. Dengan ciri-ciri ini sebarang kesilapan pada gambar yang diambil boleh dipadam atau dibaiki secara automatik oleh pengguna. Bermula 15 Mei depan, kesemua ciri ini boleh diakses percuma oleh semua pengguna Google Photos.

image is not available

Magic Eraser boleh memadam elemen dalam gambar dengan hanya satu sentuhan. Pilih objek seperti orang lain di latar belakang dan ia akan dipadamkan dalam masa beberapa saat. Seterusnya Photo Unblur menajamkan gambar kabur yang diambil tanpa difokus terlebih dahulu. Magic Editor pula membolehkan suntingan dilakukan dengan bantuan AI.

image is not available

Sungguhpun begitu pengguna percuma hanya dibenarkan menyimpan 10 gambar yang disunting menggunakan Magic Editor setiap bulan. Untuk lebih banyak simpanan, langganan Google One masih lagi diperlukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved