Google Nano Banana 2 Lite Boleh Menjana Imej Dalam Masa 4 Saat Sahaja

TechnologyDigital
1 Jul 2026 • 10:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Nano Banana 2 Lite Boleh Menjana Imej Dalam Masa 4 Saat Sahaja

Google melancarkan model kecerdasan buatan (AI) generatif Nano Banana 2 Lite hari ini dengan ia boleh menjana satu gambar dalam masa hanya 4 saat berbanding sekitar 16 saat diperlukan oleh Nano Banana 2.

Image from: Google Nano Banana 2 Lite Boleh Menjana Imej Dalam Masa 4 Saat Sahaja

Nano Banana 2 Lite dilancarkan sebagai alat menjana imej konsep atau prototaip pantas yang tidak memerlukan kualiti serta keperincian tinggi dengan kos yang rendah. Dalam demo yang dikongsi oleh Google, dalam masa 60 saat Nano Banana 2 Lite boleh menjana sehingga 21 imej dalam masa 60 saat menggunakan satu prom yang sama. Sementara itu Nano Banana 2 hanya boleh menjana 3 imej sahaja dalam tempoh masa yang sama.

Nano Banana 2 Lite sudah boleh diakses pelanggan menerusi Google AI Studio, Gemini API dan Gemini Enterprise Agent Platform. Pada waktu sama ia juga telah digunakan dalam sistem AI Mode di Search, aplikasi Gemini dan pelbagai lagi platform di bawah payung Google.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved