Google NotebookLM Kini Membolehkan Anda Menjana Video Penerangan Dalam Bahasa Melayu

TechnologyDigital
26 Aug 2025 • 10:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google pada bulan April lepas telah pun menambah sokongan penjanaan dalam bahasa Melayu untuk audio pada platform NotebookLM. Kini, selain audio, sokongan penjanaan bahasa Melayu turut diperluaskan kepada penjanaan video penerangan melalui platform NotebookLM. Selain bahasa Melayu, sokongan untuk lebih 80 bahasa turut ditambah pada Google NotebookLM.

image is not available

Melalui sokongan baharu ini, ia akan menjana video penerangan berbahasa Melayu berkenaan sesuatu topik yang dipilih. Pengguna ketika ingin mula menjananya, boleh memilih topik dan sumber-sumber yang ingin dibincangkan. Berbeza dengan versi audio yang akan menggunakan dua watak, untuk video penerangan, ia hanya akan menggunakan satu watak sahaja dan menerangkan ia dengan menyeluruh.

NotebookLM juga turut akan menjana sebuah pembentangan khusus yang dimainkan bersama-sama audio. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba sendiri NotebookLM dan menjana video penerangan melaluinya hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved