Google Pixel 10 Ialah Peranti Pertama Menyokong Panggilan Video WhatsApp Menggunakan Satelit

LocalTechnology
25 Aug 2025 • 7:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri SMS kecemasan menggunakan rangkaian satelit disokong pada iPhone sejak empat tahun lalu. Ianya menarik tetapi sehingga kini sokongan ciri serupa masih tidak ditawarkan di Android selain di China. Selepas siri Pixel 10 dilancarkan minggu lepas, Google mengumumkan ia adalah telefon pintar pertama yang boleh melakukan panggilan video dan suara menggunakan rangkaian satelit.

image is not available

Ini dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp dengan ia akan diaktifkan bermula 28 Ogos ini. Namun begitu tiada maklumat terperinci mengenai di negara mana ciri ini boleh digunakan dan dengan siapakah Google serta WhatsApp bekerjasama untuk menawarkan rangkaian satelit. Dalam syarat dan terma video di atas, terdapat juga penafian panggilan 911 tidak semestinya dapat dilakukan dengan panggilan WhatsApp.

Di Malaysia Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL sudah boleh dipratempah sementara pratempahan untuk Pixel 10 Pro XL akan dibuka bulan depan.