
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Media sosial sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu pada masa kini.
Selain menjadi medium perhubungan, ia juga menjadi platform untuk mendapatkan berita atau isu semasa yang sedang viral.
Bagi segelintir individu, ada yang menjadikan media sosial sebagai tempat untuk mereka meluahkan pendapat atau rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.
Mungkin tindakan sebegitu sebagai langkah untuk melegakan apa yang dirasa namun bagi kebanyakan orang, ia dilihat sebagai membuka aib apatah lagi perkara yang dikongsi melibatkan permasalahan keluarga dan akan kekal selama-lamanya di dunia maya.
Wanita Persoal Bapa Mentua Banyak Duit & Pakai CR-V Namun Tak Mampu Tunai Haji
Baru-baru ini, kecoh di media sosial luahan seorang wanita mengenai bapa mentuanya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, pengguna berkenaan mempersoal tindakan bapa mentuanya yang belum menunaikan haji atau umrah sedangkan mempunyai wang yang banyak dan memakai kereta jenis Honda CR-V.
Segalanya bermula apabila suami wanita tersebut menceritakan bahawa ibu saudara mereka akan menunaikan umrah.
“Suami cerita yang makcik dia pegi umrah. I’m asking him, abah dah pernah pegi umrah? Suami jawab, abah dia belum haji atau umrah. Umur dah hampir 65.
“Lepas tu aku bidas dia balik, ingatkan banyak duit pakai honda CR-V, tetapi umrah pun tak pernah pergi lagi, apatah lagi haji,” tulisnya.
Wanita Berpendapat Umur Emas Patut Kejar Akhirat, Adik Umur 30 Tahun Dah Pergi Haji
Apa yang menjadi perhatian adalah dia berpendapat usia sebegitu sepatutnya telahpun menunaikan haji atau umrah.
Apatah lagi adik lelakinya yang berusia 30 tahun telahpun pergi menunaikan Rukun Islam kelima itu.
“Patutnya dah tua kejar akhirat pergi buat umrah atau haji tetapi memilih untuk flex (tayang) harta duniawi.
“Adik lelaki aku umur 30 pun dah naik haji. Aku tanya suami lagi, ada akaun Tabung Haji tak? Dia kata ibu dia tak pernah buka akaun Tabung Haji dekat dia,” kongsinya.

Wanita Dakwa Suami & Keluarga Mentua Suka Flex Harta
Bukan itu sahaja, pengguna berkenaan mendakwa keluarga mentuanya itu sememangnya suka menunjukkan kekayaan yang dimiliki dengan mempunyai dua buah kereta dan motosikal.
Malah jelasnya, suaminya pula suka membazirkan duit untuk perkara yang tidak penting.
“Modified (ubah suai) Nissan Almera dia, ubah suai motor, cat baru, tukar nombor plat. Mana tumpah kuahnya kalau bukan dari ajaran keluarga,” kongsinya lagi.
Berbeza pula dengan keluarganya yang mengamalkan konsep sederhana dengan memakai kereta lama.
“Keluarga aku amalkan konsep besederhana. Takpela orang tengok emak aku pakai Almera lama pun. Bila orang datang rumah tak malu sebab rumah lagi besar dari kereta,” kongsinya lagi.

Malah, dia sekali lagi berkongsi infografik tentang Rukun Islam dan Rukun Iman serta mempersoal tindakan individu yang tidak menunaikan ibadah Haji walaupun memakai kereta Honda CR-V.
“Kalau mampu beli Honda CRV, kenapa tak gunakan duit tu untuk pergi Haji? Saya orang Islam dan saya nak ingatkan kita semua tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam,” tulisnya lagi.

Ramai Kecam Tindakan Wanita Cerita Perkara Buruk Keluarga Mentua Di Media Sosial
Perkongsian yang telah mendapat lebih 687,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan yang dilihat seolah-olah mengaib dan memburukkan keluarga mentuanya di media sosial.
Malah, mereka berpendapat kemungkinan bapa mentuanya itu belum berkesempatan menunaikan ibadah haji kerana belum ada ‘rezeki’ dan jemputan dari Allah SWT.
Pun begitu, kami tidak dapat memastikan sama ada ia sekadar konten atau satu luahan wanita berkenaan.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Berkemampuan Ketika Menunaikan Ibadah Haji?
Untuk info, menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat dua maksud berkemampuan dalam menunaikan ibadah haji iaitu berkemampuan dengan sendiri dan berkemampuan dengan pertolongan orang lain.
Maksud berkemampuan dengan sendiri adalah:
- Mampu mengadakan bekalan dan perbelanjaan untuk diri dan saraan nafkah mereka yang di dalam tanggungan dan yang ditinggalkan.
- Mampu mendapatkan kenderaan pergi dan balik.
- Aman perjalanan bagi diri dan harta daripada musuh dan wabak penyakit.
- Sihat tubuh badan.
- Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.
“Manakala berkemampuan dengan pertolongan orang lain bermaksud seseorang itu telah cukup semua syarat untuk mengerjakan ibadah haji tetapi dia uzur kerana sakit dan tiada harapan sembuh atau terlalu tua dan orang yang telah meninggal dunia dan mampu mengerjakan haji semasa hayatnya.
“Maka mereka boleh mewakilkan kepada orang lain untuk menunaikan fardhu haji bagi pihak dirinya,” jelas mereka.
Wajib Jual Harta Yang Bukan Keperluan Pergi Tunaikan Haji – UAI
Pun begitu, penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebelum ini telah menjelaskan bahawa yang umat Islam wajib menjuak harta yang bukan keperluan untuk menunaikan haji.
Menurutnya, jika harta yang dimiliki itu digunakan untuk bersuka ria semata-mata, maka ia wajib dijual untuk mengutamakan perbelanjaan ibadah Haji dahulu.
Sekiranya harta yang dimiliki tanpa sebarang keperluan dan hanya hobi itu tidak dijual untuk mengutamakan ibadah Haji, maka hukumnya adalah berdosa, kata UAI.
Namun, UAI berkata jika harta yang dimiliki itu digunakan untuk mencari rezeki dan sebagainya, maka ia tidak wajib dijual
Baca Artikel Berkaitan:Wajib Jual Harta Yang Bukan Keperluan Untuk Tunai Haji, Tak Jual Berdosa – UAI [Video]
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Riaknya Dengan Family Sendiri Pergi Haji, Siap Buka Aib Suami & Mentua, Doa Yang Baik-Baik Dah La”

“Kenapa Kutuk Keluarga Suami Awak Macam Ni? Dia Pergi Haji Atau Tidak, Itu Urusan Dia Dengan Allah”

“Ya Allah, Ini Another Level Riak & Takbur, Bawa Mengucap Sis”

“Seramnya Baca, Hantaran Ini Bukan Menggambarkan Mentua Awak, Tapi Awak Sendiri”

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Isteri Pergi Haji Atau Umrah Tanpa Izin Suami? Ini Penjelasan UAI [Video]
Source:


![Betul Ke ‘Fever Gel Patch’ Boleh Menyebabkan Kanak-kanak Sawan? Ini Penjelasan Doktor [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
