Google Perkenal Cip TPU Baharu Untuk Melatih Model AI Dan Untuk Membuat Inferens

TechnologyDigital
23 Apr 2026 • 1:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini pada acara Google Cloud Next, mengumumkan cip TPU generasi kelapan yang akan datang dengan dua tujuan utama, iaitu untuk tujuan melatih dan juga untuk membuat inferens. Google menamakan cip ini masing-masing sebagai TPU 8t dan juga TPU 8i.

Google mengatakan TPU sedia menguasakan Gemini sejak beberapa tahun, dan dengan cip baharu ini, ia lebih berkuasa dan efisien, termasuk untuk melatih, menawarkan perkhidmatan, dan untuk tugasan ejen AI.

image is not available

TPU 8t yang memfokuskan melatih model AI dikatakan membawakan hampir 3 kali ganda kuasa perkomputeran per pod berbanding generasi sebelumnya, sekaligus membolehkan masa pembangunan model dipercepatkan daripada berbulan kepada hanya beberapa minggu.

Sementara untuk tujuan pemprosesan penggunaan model AI, cip dengan fokus inferens, TPU 8i memainkan peranan utama, termasuk untuk ejen AI. Cip ini juga dikatakan menawarkan prestasi lebih baik, dan turut dioptimasikan untuk tugasan kompleks serta sokongan memori lebih besar.

Google mengatakan ia direkabentuk bersama untuk Gemini, selain turut terbuka untuk pelbagai platform terkemuka di pasaran. Sebelum ini, ia diperkatakan beberapa pihak termasuk Meta sedang melihat kepada menggunakan cip keluaran Google ini, yang dilihat lebih efisien dan jimat berbanding penyedia yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved