Google Mengatakan Kini Sekitar 75% Kod Ditulis Oleh AI

TechnologyDigital
23 Apr 2026 • 9:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Mengatakan Kini Sekitar 75% Kod Ditulis Oleh AI

Pelbagai syarikat telah mula menggunakan kecerdasan buatan janaan dalam menulis dan menjana kod untuk digunakan dalam pembangunan perisian dan aplikasi. Google tidak ketinggalan, dan kini mereka menyatakan sekitar 75% kod baharu yang ditulis di syarikat berkenaan adalah janaan model kecerdasan buatan.

Ini juga turut membuatkan proses pembangunan lebih pantas berbanding sebelumnya. Kod yang dijana masih akan melalui penilaian oleh manusia, sebelum ia diimplementasi sepenuhnya.

Sebelum ini, pelbagai syarikat teknologi turut telah mengambil langkah sama, termasuk Microsoft, Meta dan juga Snap. Mengikut beberapa penganalisa sebelum ini, ia turut disasarkan hampir 95% kod kelak akan dijana oleh kecerdasan buatan dalam tempoh beberapa tahun lagi. Malah, penawaran sedia ada seperti Mythos yang masih diperingkat ujian juga turut telah membantu dalam pengenal-pastian kerentanan dalam perisian yang lebih efisien berbanding manusia.