Google Perkenal Pixel 9a – Kemaskini 7 Tahun, IP68, Gemini, Bermula RM2699 Di Malaysia

TechnologyDigital
19 Mar 2025 • 11:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Pixel 9a. Telefon pintar ini meneruskan legasi dan penawaran peranti Pixel, tetapi pada harga lebih rendah berbanding siri Pixel lain.

image is not available

Pixel 9a hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci dengan kadar segar semula 120Hz, kadar kecerahan 2700-nits, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Tensor G4. Telefon ini turut hadir dengan sokongan ketahanan IP68.

Pada bahagian kamera, ia menyertakan kamera utama 48-megapixel yang turut dilengkapkan dengan kamera ultra-lebar 13Mp dibelakang. Google Pixel 9a turut menyertakan ciri Fokus Makro – buat pertama kalinya pada siri “A”.

image is not available

Dengan jenama Pixel, ia turut menyertakan integrasi kecerdasan buatan Gemini, termasuk untuk penyuntingan gambar, rakaman gambar, dan lain-lain. Menguasakan Pixel 9a ialah bateri 5100mAh dengan sokongan pengecacsan berwayar 23W.

Pixel 9a turut menjanjikan kemaskini sistem operasi dan sekuriti selama 7 tahun – salah satu kelebihan untuk para peminat peranti Pixel. Google Pixel 9a ini akan ditawarkan di Malaysia dalam bulan April ini pada harga bermula RM2699. Google dijangka turut menawarkan ia bersama Google One selama tiga bulan, selain langganan Fitbit Premium. Kita mungkin mengetahui lanjut berkenaan dengannya apabila berdekatan dengan tarikh pelancarannya.