Google Pixel 9 Boleh Dijejak Seperti iPhone Walaupun Peranti Tidak Dihidupkan

TechnologyDigital
15 Mar 2024 • 10:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara sebab kenapa orang ramai sanggup menghabiskan wang simpanan untuk membeli iPhone adalah kerana ekosistem dan fungsi yang diberikan. Salah satu yang pasti ramai hargai adalah ciri Find My untuk menjejak iPhone yang hilang walaupun peranti tidak hidup. Bertahun lamanya ciri ini menjadi eksklusif kepada Apple, tahun ini Google Pixel 9 akan mengubahnya untuk peranti Android.

image is not available

Pada Android 15 terdapat API baharu yang dinamakan Powered Off Finder. Google menggunakan konsep yang sama dengan Apple, di mana semua peranti Android dengan akses kepada Play Store boleh membantu mencari peranti Android lain melalui rangkaian Find My Device. Apabila peranti Android pengguna hilang, Find My Device akan menggunakan peranti Android lain sebagai isyarat matarah.

image is not available

Dalam Android 15 pengguna turut boleh menetapkan sama ada ingin menjejak peranti tanpa akses Internet, dengan akses Internet di kawasan trafik tinggi atau dengan akses Internet di semua kawasan. Rangkaian Find My Device oleh Google ini turut boleh mengesan penjejak objek berdekatan tetapi dimatikan oleh Google sementara piawaian Detecting Unwanted Location Trackers (DULT) diluluskan oleh Engineering Task Force (IETF) dan digunakan oleh Apple juga.

Ciri ini dijangka diperkenalkan pada Pixel 9 dengan Android 15 nanti. Samsung turut sudah mempunyai sistem penjejakan tersendiri. Dengan versi untuk Pixel ini, diharapkan ia akan menjadi universal dan akan ditawarkan kepada semua pengguna Android.