Google Pixel 9 buat pertama kalinya dilancarkan di Malaysia, selepas 8 generasi lepas pengguna perlu bergantung dengan set import. Namun, harga jualan rasmi adalah agak mahal sehinggakan jualan iPhone 16 menjadi lebih murah. Sedar akan perkara ini, penjual mula menawarkan diskaun dan terbaru Pixel 9 boleh dibeli dengan diskaun lebih RM1,000.
Melalui kedai rasmi Shopee Senheng, iaitu salah satu daripada pengedar sah Google Pixel di Malaysia – ketiga-tiga peranti Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL menerima diskaun yang banyak. Ini termasuk dengan diskaun kepada Pixel Watch 3 dan juga Pixel Buds Pro 2. Berikut adalah perbandingan harga pelancaran dengan harga terkini;
Google Pixel
Peranti Harga Asal Harga Promosi Pixel 9 128GB – RM3999
256GB – RM4499128GB – RM2,989
(Diskaun RM1,010)
256GB – Tiada StokPixel 9 Pro 128GB – RM5199
256GB – RM5699
512GB – RM6299128GB – RM4,199
(Diskaun RM1,000)
256GB – RM4,599
(Diskaun RM1,100)
512GB – RM6299
(Diskaun RM1,200)Pixel 9 Pro XL 128GB – RM5699
256GB – RM6199
512GB – RM6799
1000GB – RM7999128GB – RM4,899
(Diskaun RM800)
256GB – RM5,349
(Diskaun RM850)
512GB – RM5,929
(Diskaun RM870)
1000GB – RM7,049
(Diskaun RM950)

Aksesori Google Pixel
Aksesori Harga Asal Harga Promosi Pixel Buds Pro 2 RM1,099 RM953
(Diskaun RM146)Pixel Watch 3 WiFi
(41mm)RM1,849 RM1,568.25
(Diskaun RM280.75)Pixel Watch 3 WiFi
(45mm)RM1,999 RM1,915
(Diskaun RM84)

Ini adalah satu potongan harga yang sangat menarik dan berbaloi untuk dibeli. Sebelum ini melalui Urban Republic, pengguna perlu memasuki program tukar beli untuk mendapatkan diskaun tinggi. Penawaran Senheng adalah terus beli.
Dukacita dimaklumkan, mereka yang telah membeli dengan mana-mana telko tidak akan menerima sebarang rebat – lagi-lagi jika terikat dengan kontrak. Dengan harga jualan sebegini, adakah anda akan membeli mana-mana Pixel 9 berserta aksesori rasmi mereka?



