Google Pixel 9a Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM2699

TechnologyDigital
16 Apr 2025 • 8:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Malaysia hari ini telah mula menawarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Google Pixel 9a. Dua variasi ditawarkan untuk pasaran tempatan, iaitu versi 128GB pada harga RM2699 dan versi 256GB pada harga RM3199.

image is not available

Google Pixel 9a hadir dengan skrin 6.3-inci, dijana dengan cip Tensor G4, dilengkapi bateri 5100mAh, dan juga menggunakan kamera utama 48-megapixel. Selari penawaran siri Pixel lain, Google turut menyertakan akses kepada kecerdasan buatan Gemini melalui Google Pixel 9a.

Bagi pengguna tempatan yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Google Pixel 9a ini melalui kedai rasmi Google di Shopee hari ini.