Google Pixel 10a Berharga RM2299 Di Malaysia – Ditawarkan Bermula 5 Mac

LocalTechnology
19 Feb 2026 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Lanjutan pengenalan Google Pixel 10a semalam, kini pihak Google Malaysia telah mengumumkan harga jualan tempatan untuk telefon pintar berkenaan. Di Malaysia, Google Pixel 10a akan ditawarkan pada harga RM2,299 bermula 5 Mac kelak. Ia akan dijual melalui Google Store serta syarikat telekomunikasi utama.

image is not available

Pixel 10a menggunakan skrin bersaiz 6.3-inci FHD+, panel OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasakan dengan cip Google Tensor G4 bersama cip sekuriti Titan M2. Melengkapkan telefon ini adalah memori 8GB LPDDR5X RAM dengan storan sehingga 256GB (UFS 3.1). Pada bahagian kamera, Google menyertakan kamera utama 48-megapixel yang dipadankan bersama kamera ultra-lebar 13MP. Untuk swafoto, ia turut menyertakan kamera hadapan 13MP dengan sokongan rakaman sehingga 4K 30fps.

Telefon pintar ini hadir dengan sokongan kalis air, dilengkapi pengimbas cap hari pada skrin, serta menyertakan sokongan NFC. Menguasakannya adalah bateri 5100mAh dengan pengecasan 30W berwayar. Telefon ini membawakan rekaan kamera tanpa bonggol, sekaligus menawarkan rekaan rata pada bahagian belakang peranti. Disamping itu, ia turut hadir dengan warna ceria bersama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh menandakan kalendar 5 Mac kelak, dan mendapatkan ia pada harga RM2299.