Google Play Pass mula tersedia di Malaysia, hampir 50% lebih murah berbanding Apple Arcade

Digital
22 Aug 2023 • 2:56 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Perkhidmatan langganan permainan, Google Play Pass nampaknya telah mula dikeluarkan di Malaysia secara berperingkat. Ia secara asasnya adalah versi Google bagi Apple Arcade di mana anda boleh mengakses pelbagai permainan dan aplikasi di Play Store dengan bayaran bulanan. Menariknya, harganya hampir murah separuh daripada Apple Arcade.

Seperti yang dikongsikan oleh @mrjuzmafia di X (Twitter), Google Play Pass boleh dilanggan pada harga RM10.99 sebulan dan untuk bulan pertama adalah percuma. Google juga menawarkan penjimatan 25% untuk langganan tahunan yang berharga RM99 setahun.

Selain itu, pas ini turut boleh dikongsikan sehingga 5 ahli keluarga membolehkan mereka menikmati permainan pada peranti tersendiri. Pas ini bakal memberikan pengguna akses kepada ratusan permainan tanpa sebarang iklan atau pembelian dalam aplikasi.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada Google mengenai ketersediaannya di Malaysia. Malaysia juga masih belum tersenarai dalam senarai negara yang menawarkan perkhidmatan itu. Namun, ia telah tersedia untuk dibeli beberapa pengguna di Malaysia.

Sumber: Lifewire

Untuk menyemak jika ia telah tersedia untuk anda, anda boleh lancarkan Google Play Store dan klik pada profil di bahagian atas kanan. Dari situ anda akan dapat lihat pilihan Play Pass.

Terima kasih @mrjuzmafia atas tip yang dikongsi!