Google Search Menguji Ciri Notes Yang Seakan Stories

TechnologyDigital
23 Aug 2023 • 5:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri berkongsi Stories masih menjadi trend sehingga hari ini. Telegram baru sahaja memperkenalkan ciri Stories, dan Cereka pula ada Certot dalam bentuk Stories. Baru-baru ini Google mengumumkan ciri ini ditamatkan pada YouTube, tetapi dilihat akan ditawarkan di Google Search pula.

image is not available

Stories pada Google Search ini digelar sebagai Notes. Ia adalah untuk pengguna berkongsi hasil carian atau laman web dengan teks tambahan sendiri. Ini membolehkan pengguna bertanya pendapat kepada umum mengenai kandungan sesuatu artikel.

Setiap stories dikatakan akan dipantau oleh Google dan pengguna dijangka boleh melihat stories masing-masing dan kemudian boleh menyukai sesuatu Notes. Apa yang 9to5Google laporkan ini mencadangkan Notes pada Google Search adalah seakan Community Notes pada X cuma dalam bentuk Stories.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diedarkan kepada orang ramai. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved