Google Task Kini Diintegrasikan Ke Dalam Google Calendar Sepenuhnya

TechnologyDigital
25 Nov 2024 • 10:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada tahun 2018, Google Tasks dilancarkan sebagai aplikasi untuk mencipta senarai tugasan. Ia adalah satu lagi aplikasi Google yang mengelirukan kerana ciri sama boleh dilakukan pada Keep dan Calendar. Ini membuatkan Google secara perlahan mengintegrasikan Tasks terus ke Calendar dan terbaru, integrasi penuh akan diperkenalkan.

image is not available

Sebelum ini, integrasi Tasks pada Calendar hanya membenarkan pengguna lihat dan cipta Tasks yang ada tempoh tamat. Kemas kini terbaru ini mengintegrasikan Tasks sepenuhnya ke dalam Calendar membenarkan pengguna melakukan perkara sama yang ada dalam aplikasi Task sendiri. Ia juga menggunakan antaramuka terkini dengan paparan cards serta butang terapung aksi di bawah.

Mengejutkan, Google masih meneruskan sokongan aplikasi Tasks dan tiada sebarang indikasi aplikasi ini akan dihentikan. Dengan kemas kini baharu ini, adakah anda akan kekal menggunakan aplikasi Google Task atau menggunakan apa yang telah ditawarkan di dalam Google Calendar sahaja?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved