Kelak Pelekat Boleh Dijana Gboard Menerusi Pixel Studio

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara aplikasi pada peranti Google Pixel yang boleh memanfaatkan ciri kecerdasan buatan generatif yang diproses dari dalam peranti adalah Pixel Studio. Ia membenarkan pengguna menjana pelbagai imej menarik dengan pantas. Terbaru, Pixel Studio akan diintegrasikan ke dalam Gboard pula.

image is not available

Integrasi Pixel Studio ke dalam aplikasi papan kekunci dikatakan adalah untuk ciri menjana pelekat dengan AI. Pengguna turut boleh terus mencipta pek pelekat sendiri. Ciri ini dilihat seakan ingin bersaing dengan Genmoji dan Image Wand, cuma versi Google adalah terus terbina pada papan kekunci bukan tersembunyi seperti Apple.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diaktifkan untuk pengguna. Turut tidak pasti jika ciri ini akan menjadi eksklusif pada Pixel sahaja atau akan ada alternatif untuk pengguna Gboard pada peranti Android lain. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved