Pemalam Google Photos Pula Sedang Dibangunkan Untuk Google Gemini

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 5:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Google Gemini menjadi pintar kerana bergantung kepada pelbagai pemalam. Kemudian dengan Gemini Live, ia terus menjadi antara pembantu maya paling berkuasa kerana boleh memahami konteks seakan berbual dengan manusia. Terbaru, satu lagi pemalam akan tiba ke Gemini.

image is not available

Pemalam ini adalah Google Photos, di mana kelak ciri Ask Photos akan diperkenalkan. Ciri ini membolehkan pengguna bertanya kepada Gemini untuk mencari gambar yang spesifik. Misalnya, dalam Google Photos ada banyak gambar disimpan dan anda malas mencari “gambar di pantai bersama keluarga sambil minum air kelapa” – Gemini boleh cari yang paling berkaitan. Ia adalah seakan carian dalam Google Photos dan juga mencari tangkapan layar dalam Pixel Screenshot.

Buat masa ini, ia masih lagi dalam peringkat pembangunan. Gemini Live pula adalah ciri khas untuk pengguna Pixel dan Samsung dengan langganan AI Premium. Sama-sama kita nantikan kehadiran ciri ini untuk semua.