Google Translate Kini Memberikan Tips Sebutan Lebih Tepat

TechnologyDigital
30 Apr 2026 • 9:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Mempelajari bahasa baharu adalah sangat sukar khususnya jika ia mempunyai gaya sebutan berbeza dengan bahasa ibunda anda sendiri. Sempena ulang tahun Google Translate yang ke-20, aplikasi ini menerima ciri tips melakukan sebutan dengan lebih tepat.

image is not available

Apabila Translate digunakan, anda boleh berlatih untuk melakukan sebutan dalam aplikasi. Translate akan mendengar sebelum memberikan tips serta saranan melakukan sebutan yang lebih tepat. Kesemua ini dilakukan Translate menggunakan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Ciri yang diberi nama “pronunciation practice”  ini diberikan kepada penduduk di Amerika Syarikat dan India untuk Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Hindi sahaja terlebih dahulu.

Turut didedahkan oleh Google hari ini ialah Translate digunakan lebih 1 bilion kali setiap bulan dengan ia melakukan 1 trilion alih bahasa setiap bulan. Ini bersamaan membaca 24/7 selama 12,000 tahu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved