Meta Dilihat Ingin Menawarkan Khidmat Langganan Storan Untuk Pengguna WhatsApp

TechnologyDigital
28 Apr 2026 • 8:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Untuk pengguna WhatsApp Messenger, mungkin anda sedia maklum yang mana pada hari ini ia menggunakan storan daripada iCloud atau Google Drive untuk melakukan simpanan salinan pendua. Namun, perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.

Melalui kod pembangunan yang dilihat WABetaInfo pada aplikasi WhatsApp, Meta ingin memperkenalkan perkhidmatan storan mereka tersendiri tidak lama lagi. Dibawah penawaran berkenaan, Meta ingin menawarkan storan sebanyak 2GB secara percuma, dan pengguna boleh melakukan langganan berbayar bermula 50GB dan ke atas.

image is not available

Meta dijangka akan membenarkan pengguna untuk melakukan pilihan ruangan storan mereka, sama ada menggunakan Google, Apple atau penawaran Meta tersendiri. Seperti semua sedia maklum, salinan pendua Meta disimpan dalam bentuk yang disulikan untuk memastikan keselamatan menyeluruh.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Meta akan memperkenalkan perkhidmatan langganan storan ini. Sebelum ini, ia turut telah diperkatakan Meta melihat untuk penawaran ciri berbayar untuk pengguna WhatsApp, dan ini dilihat mungkin menjadi sebahagian daripada penawaran berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved