Google Try It On Membolehkan Baju “Dipakai” Sebelum Dibeli Di Atas Talian

TechnologyDigital
21 May 2025 • 9:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak pandemik saya lebih selesa membeli pelbagai produk di atas talian. Powerbank, pengecas, keropok baby, makanan kucing, kerangka dan produk kecantikan telah dibeli tanpa sebarang isu. Tetapi membeli baju masih lagi dipenuhi pelbagai pancaroba kerana yang cantik di badan model tak sama di atas badan saya yang mirip seekor Bos gaurus.

image is not available

Di Google I/O pagi tadi, Google melancarkan ciri baharu Try It On yang membolehkan baju yang ingin dibeli dipakaikan pada tubuh dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). Ciri ini boleh diuji menerusi Search Labs hari ini dan pengguna hanya perlu memuat naik gambar keseluruhan tubuh dalam ruang yang terang.

image is not available

Apabila anda menemukan pakaian yang ingin dicuba di Google Search, tekan butang Try In On untuk ia dipakaikan pada gambar anda yang telah dimuat naik. Ciri ini masih dalam fasa ujian dan belum boleh diakses pengguna Search Labs di Malaysia pada ketika ini.