Program Proton Xchange cetus tanda tanya

LocalCars
21 May 2025 • 4:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sohan Das

LABUAN: Pemilik kereta lama di sini dan di Sabah tertanya-tanya kenapa mereka dikecualikan daripada program perintis Proton Xchange yang dilancarkan oleh pengeluar kereta nasional baru-baru ini, di mana kenderaan berusia 15 tahun ke atas diberi insentif tukar beli tambahan apabila membeli mana-mana model baharu Proton, termasuk kenderaan elektrik Proton e.MAS 7.

Inisiatif tersebut dilancarkan pada 15 Mei lalu di Kuala Lumpur dengan sokongan Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi peruntukan RM4.8 juta oleh Proton. Program itu dikatakan terbuka kepada semua pemilik kenderaan di Malaysia tanpa mengira jenama kereta.

“Persoalannya, adakah insentif baharu ini turut terbuka kepada pemilik kereta di Labuan dan Sabah? Syaratnya menyatakan, pemilik kenderaan lama yang dianggap tidak selamat digunakan dan tidak ekonomi untuk dibaiki mesti mendapatkan Sijil Lupus (Certificate of Destruction, COD) daripada Car Medic Sdn Bhd yang merupakan fasiliti rawatan automotif yang mengendalikan program ini bersama Proton,” kata Jack, pemilik sebuah Proton Wira 2002.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata tawaran itu amat menarik, tetapi disebabkan tiadanya Car Medic di Sabah dan Labuan, kenderaan itu akan perlu dihantar ke semenanjung untuk mendapatkan COD tersebut.

“Ini melibatkan kos tambahan, menyusahkan dan juga berisiko sekiranya COD tidak diluluskan atas sebab-sebab tertentu. Mungkin pihak Proton boleh memberi penjelasan bagaimana untuk menyelesaikan dilema ramai pemilik yang mungkin berminat untuk merebut peluang daripada program ini,” katanya. Program ini akan berakhir pada hujung tahun ini.

Kementerian Pengangkutan yang menyokong program ini turut menggalakkan penyertaan dengan menawarkan pengecualian cukai jalan selama setahun kepada pemilik kereta baharu yang diperoleh melalui kaedah ini.

Antara aspek positif program ini ialah kenderaan baharu dilengkapi dengan ciri keselamatan moden, mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya serta menyumbang kepada industri automotif yang lebih mesra alam.