![Image from: “Pesakit Sampai Ke Red Zone”-Tindakan Pemuda Iringi Ambulans & Bantu Trafik Raih Pujian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/pemuda-bantu-iring-ambulans-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sikap saling membantu antara satu sama lain sememangnya perkara yang dituntut dalam setiap agama. Bahkan pertolongan yang dihulurkan bukan sahaja boleh dijadikan contoh kepada generasi akan datang sebaliknya ia juga boleh menyelamatkan nyawa seseorang.
Pemuda bantu lalu lintas dan iring ambulans
Baru-baru ini tular satu video yang dikongsikan di Threads memaparkan tindakan seorang pemuda yang bersungguh-sungguh menguruskan lalu lintas untuk memudahkan laluan ambulans.
Menerusi video dimuat naik oleh seorang wanita yang merupakan pegawai kesihatan (Medical Officer), awalnya kelihatan seorang pemuda lelaki sedang berada di atas jalan raya sambil mengarahkan kenderaan lain untuk ke tepi bagi memberi ruang kepada laluan ambulans.
Sebaik sahaja ambulan tersebut berjaya melaluinya kelihatan dia terus mengiringi kenderaan terbabit menggunakan motosikal.
Siap nyalakan lampu kecemasan untuk beri laluan kepada ambulans, iring sehingga ke HTAA
Bahkan dia juga menyalakan lampu kecemasan pada motosikal sebagai amaran kepada orang ramai bahawa terdapat ambulans yang sedang membawa pesakit.
Menurut pegawai kesihatan itu, pemuda berkenaan turut mengiringi mereka dari Jaya Gading, Kuantan sehingga tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Malah dia turut mengucapkan terima kasih kepada pemuda berkenaan dan menyifatkan pemuda itu seperti seorang pelajar.
“Nampak macam gen Z, tengok beg gaya pelajar muda siap botol air. Tapi empati tinggi. Siap iring ambulans kami dari Jaya Gading sampai ke HTAA.
“Sebab pertolongan awak, pesakit sampai juga ke zon merah GTAA dengan selamat meskipun trafik sesak.
“Kami doakan urusan awak dipermudahkan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat nanti mamcam mana awak dah mudahkan urusan kami dan pesakit,” ujarnya.
View on Threads
Jelaskan hanya bantu apa yang mampu
Hantaran tersebut turut dibalas oleh pemuda yang dikenali sebagai Syafiy yang menjelaskan dia hanya membantu setakat yang mampu.
![Image from: “Pesakit Sampai Ke Red Zone”-Tindakan Pemuda Iringi Ambulans & Bantu Trafik Raih Pujian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/pemuda-iring-ambulans-1.jpg)
Ramai doakan rezeki pemuda atas pertolongan yang dilakukan
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan pemuda berkenaan agar dia menjadi seorang pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang dan sentiasa dilimpahkan rezeki.
Bukan hanya itu, tindakan murni dan terpuji pemuda ini turut disedari oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengucapkan tahniah kepadanya di ruangan balas.
“Tahniah dik. Ramai orang doakan kamu ni. Semoga berjaya dunia akhirat”
![Image from: “Pesakit Sampai Ke Red Zone”-Tindakan Pemuda Iringi Ambulans & Bantu Trafik Raih Pujian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/pemuda-iring-ambulans-2.jpg)
“Semoga Allah kurniakan kebaikan dunia akhirat untuk kamu dik. Terima kasih jadi orang baik”
![Image from: “Pesakit Sampai Ke Red Zone”-Tindakan Pemuda Iringi Ambulans & Bantu Trafik Raih Pujian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/pemuda-iring-ambulans-3.jpg)
“Semoga dipermudahkan segala urusan adik di dunia dan akhirat, rezeki melimpah, dikurniakan kebahagiaan keluarga dan dikurniakan syurga firdausi”
![Image from: “Pesakit Sampai Ke Red Zone”-Tindakan Pemuda Iringi Ambulans & Bantu Trafik Raih Pujian Ramai [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/pemuda-iring-ambulans-4.jpg)





![Lelaki Iring Uncle Sesat Tak Pandai Guna Waze Hingga Tiba Ke Destinasi Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/minta-bawak-ke-lokasi-kerana-tak-pandai-tengok-waze-800x475.jpg?t=1780036580)
