Google Wallet Kini Menyokong ID Digital Di Brazil, India, Singapura, dan Taiwan

WorldTechnology
28 Apr 2026 • 2:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ciri menyimpan ID digital di Google Wallet kini dikembangkan ke empat negara baharu iaitu Brazil, India, Singapura dan Taiwan. Di India ia menyokong Aadhaar Verifiable Credentials bagi menjadikan pengesahan identiti lebih mudah untuk kegunaan harian tanpa perlu membawa kad pengenalan fizikal.

image is not available

Google bekerjasama dengan beberapa perkhidmatan di India seperti PVR INOX untuk pengesahan umur untuk menonton filem dan mengakses ganjaran. Di BharatMatrimony lebih mudah mencari pasangan dengan pengguna yang telah disahkan identiti mereka.

Sementara itu menerusi Atlys borong permohonan visa antarabangsa boleh diisi dengan hanya satu sentuhan skrin. Akhir sekali integrasi dalam Mygate pula membolehkan rakan penghantar boleh memasuki kawasan kediaman untuk menghantar bungkusan yang dipesan.

Di Brazil, Singapura dan Taiwan pula ciri ID Pass dapat digunakan berdasarkan maklumat dalam pasport peribadi. Dengan ID Pass, pengesahan identiti atau umur secara fizikal atau atas talian boleh dilakukan seperti melalukan log masuk akaun dengan lebih selamat


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved