Jualan Ihsan Rahmah 9.9 dalam talian sempena Hari Malaysia - Anwar

LocalSales & Promo
20 Aug 2026 • 1:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jualan Ihsan Rahmah 9.9 dalam talian sempena Hari Malaysia - Anwar

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melancarkan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September ini bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan dengan sokongan pelbagai pihak, termasuk kementerian berkaitan bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada jualan berkenaan.

"Ini sebagai tanda dukungan menyeluruh kepada 34.5 juta rakyat Malaysia,” kata beliau selepas merasmikan TikTok Shop Summit Malaysia di sini pada Khamis. 

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar berkata, jualan yang julung-julung kali diadakan secara dalam talian itu membolehkan rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

Perdana Menteri berkata, angka pertumbuhan ekonomi yang baik perlu disusuli dengan usaha menyelesaikan permasalahan kehidupan rakyat, termasuk meningkatkan mutu kehidupan daripada aspek pendidikan, kesihatan, prasarana asas dan kos sara hidup.

Justeru, beliau berharap inisiatif berkenaan dapat dipromosikan secara meluas agar lebih ramai rakyat mengetahui dan memanfaatkan tawaran yang disediakan.

Program Jualan Rahmah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menawarkan barangan keperluan asas pada harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga biasa. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved